KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH
(NUR AUNI SYAFIQAH BINTI AHMAD TARMIZI (D20201094162)
Pengurusan bilik darjah merupakan langkah yang dilakukan untuk mengawal
keadaan di dalam bilik darjah dengan menggunakan ilmu dan pelbagai kemahiran.
Menurut Noraini Idris (2009) pengurusan bilik darjah merupakan aspek penting yang
melibatkan guru dan pelajar dalam membentuk suasana pembelajaran yang baik serta
dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk menuntut ilmu.

Menurut Mok Soon Sang, (2011) pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana
guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling bekerjasama dan
bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling bekerjasama dan
bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Menurut Alberto dan Troutaman dalam Chuo (2012),
pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran guru menguruskan masa,
pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran guru menguruskan masa,
ruang, sumber
pengajaran, peranan dan tingkahlaku murid dalam
menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran
- Perkara tersebut merupakan kerjasama antara guru dan pelajar untuk mengurus kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.
- Pengurusan bilik darjah adalah proses guru dan pelajar bekerjasama dan kaedah pengajaran dan pembelajaran berlaku.
- Suatu tindakan dan strategi yang digunakan untuk melaksanakan peraturan bilik darjah demi melahirkan bilik darjah yang kondusif serta kemahiran guru menyediakan iklim yang sesuai untuk proses pembelajaran.
- Guru memainkan peranan sebagai pengurus untuk mengurus bilik darjah, mengurus murid untuk membersihkan bilik darjah mengikut jadual tugasan, mengurus keadaan fizikal bilik, mengurus bahan pengajaran dan mengurus aktiviti kumpulan agar dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Hal ini demikian bagi memastikan keadaan persekitaran bilik darjah ceria dan kondusif agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
- Bilik darjah boleh dibahagikan mengikut ciri dan fungsinya seperti bilik darjah tradisi, KBSR dan KSSM, mata pelajaran khas dan bilik darjah terbuka.
👈Bilik darjah abad ke - 21
Comments
Post a Comment