HARRYWON GEORGE(D20201094059)


Analisis SWOT

    Menurut Freddy (2013),  analisis SWOT adalah analisa yang didasarkan pada logika yang dapat memaksimalkan kekuatan (Strength) dan peluang (Opportunity), namun secara bersamaan dapat meminimalkan kelemahan (Weakness) dan ancaman (Threats). Analisis SWOT  adalah salah satu teknik analisis untuk mengetahui bagaimana keadaan yang  akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor  kekuatan, kelemahan, halangan dan ruang untuk penambahbaikan. Sehubungan dengan itu, berdasarkan analisis SWOT,  telah mengenal pasti  kekuatan iaitu SMK Yam Tuan Radin merupakan antara  Sekolah terbaik di Malaysia yang berpencapaian cemerlang dalam mengurus bilik darjah yang berkesan.







A) Kekuatan/Strength

         Kekuatan yang ada pada SMK Yam Tuan Radin dalam mengurus bilik darjah adalah pertama, kerjasama yang kuat dalam organisasi sekolah. Hal ini bermaksu, mereka sangat mengutamakan hiasan setiap kelas adalah cantik dan bersih agar persekitaran bilik darjah adalah sentiasa ceria dan bersih. Sebagai contoh, pelajar tersebut bergotong-royong untuk menghias pusat akses. Selain itu, informasi seperti carta organisasi,peraturan dalam kelas dan jadual bertugas juga ada di sediakan di setiap sudut kelas. Hal ini, akan membantu para pelajar dan guru supaya mereka sentiasa ingat dan peka ketika melakukan tugas. Oleh hal yang demikian, pengurusan bilik darjah Sekolah tersebut adalah teratur dan kemas. Oleh itu, perkara ini adalah menjadi sebahagian kekuatan dalam sekolah tersebut. Selain itu, kekuatan yang dapat dilihat adalah Iklim dan Aplikasi di dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. 

 




                                                                Gambar 2

B) Kelemahan/Weakness

    Antara kelemahan yang dikenalpasti dalam pengurusan bilik darjah adalah tingkah laku serta disiplin pelajar. Kebanyakan guru berasa terbeban dengan masalah disiplin yang perlu mereka tangani setiap hari di sekolah kerana kebanyakan masalah disiplin adalah pelbagai dan simptom dari masalah berbeza yang dihadapi oeh pelajar pada tahap yang berlainan. Hal tersebut  menyebabkan kesukaran kepada para guru untuk mengawal dan mengurus tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah iaitu, perbezaan tingkah laku disebabkan umur, kemahiran dan keupayaan berbeza antara pelajar, perbezaan sosio ekonomi dan perbezaan budaya dalam kalangan pelajar. Antara halangan pengurusan bilik darjah adalah peraturan yang rigid, peribadi guru yang menghalang mereka daripada mengambil tindakan terhadap pelajar, ibubapa yang memanjakan anak mereka. 

    Selain itu, masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur sebuah bilk darjah, guru seringkali berhadapan dengan  masalah punca untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga. Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang utama iaitu bilangan pelajar yang begitu ramai dalam satu bilik darjah dan yang keduanya ditambah pula dengan ruang bilik darjah yang begitu terhad.  menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan penyumbangan kepada akademi pelajar. 

    Tambahan lagi, selalunya bukanlah peralatan yang disediakan itu tidak mencukupi tetapi selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau dengan kata lain rosak. Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah rosak sama ada rosak atau dirosakkan pelajar ialah pemadam papan hitam, penyapu, peralatan di ruangan belajar seperti almari malahan kadang-kadang papan hitam dan meja serta kerusi pun turut rosak atau dirosakkan. Di sini jelas menunjukkan kelemahan dalam pengurusan bilik darjah yang  guru akan hadapi di dalam bilik darjah.

 




Gambar 3

C) Ancaman/Threats

    Antara halangan yang dikenal pasti oleh pihak sekolah dalam melaksanakan strategi menguruskan dalam bilik pengurusan darjah ialah pendekatan atau pembentukan yang terbaik dan berkesan dalam keadaan situasi pendamik COVID-19 yang masih wujud pada masa kini. Contohnya, dalam melaksanakan sesi pembelajaran di dalam kelas adalah sukar kerana aktiviti yang melibatkan sentuhan sama sama sekali tidak digalakkan dan eksperimen atau aktiviti lain  boleh dilakukan bersama adalah terbatas antara guru dan pelajar. Masalah ini, menjadi salah satu faktor cabaran yang harus dihadapi oleh SMK Yam Tuan Radin pada masa kini. 

    Tambahan lagi,  kurangnya keberkesanan kaedah pembelajaran terhadap pelajar yang bermasalah dari segi disiplin yang tidak mematuhi peraturan didalam kelas. Selain itu,.Tahap kesedaran murid terhadap kepentingan program atau subjek yang di ambil juga menjadi ancaman besar kerana mereka tidak akan menumpukan pelajaran tersebut dan tidak fokus belajar dengan lebih tekun bagi dalam tempoh masa yang diberikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, kedudukan di dalam kelas dengan mengikut jarak 1 meter agar sukar untuk guru mengawal pelajar dengan baik. Hal tersebut, juga menjadi salah satu cabaran yang besar kerana aktivi sesi perbincangan untuk pembelajaran akan terbatas.




Gambar 4

D) Peluang/opportunity

    Peluang yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini adalah dari Penggunaan strategi pembelajaran yang berkesan dapat mewujudkan keadaan fizikal dan emosi kelas adalah sempurna dan baik. Teknik embelajaran yang kondusif, menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan dan menarik minat murid serta keadaan kelas yang tiada ancaman luar boleh menjadikan interaksi lebih berkesan. Di samping itu, penggunaan internet untuk pelajar bagi rujukan kendiri dan internet untuk guru, yang digunakan boleh memperkaya sumber ilmu dan rujukan kendiri kepada guru dengan lebih baik. Tambahan lagi, informasi atau maklumat pembelajaran adalah mudah untuk diakses dan dipelajari bersama-sama dengan pelajar dan juga guru-guru. Peluang ini menjadikan pengurusan pembelajaran di dalam kelas adalah teratur kerana mempunyai pelan pembelajaran yang sedia kala sama ada idea sendiri mahupun rujukan internet.


Comments