Tiga Struktur Bilik Darjah Asas Menurut Spencer Kagan
A. Tradisional.
BILIK DARJAH TRADISI
Bilik darjah jenis tradisi ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu.
contoh bilik darjah tradisi
BILIK DARJAH KBSR DAN KBSM
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Hal ini kerana dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran, pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.
contoh bilik darjah KBSR dan KBSM
Bilik darjah jenis khas kerana dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan. Antaranya ialah makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seni perusahaan,pusat sumber dan sebagainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan pelajar menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan pembelajaran dan alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi dalam makmal sains dan bilik kemahiran hidup.
contoh bilik darjah mata pelajaran khas iaitu bengkel kemahiran hidup
BILIK DARJAH TERBUKA
Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu ‘pendekatan pengajaran dan pembelajaran, ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pelajaran serta pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran’. Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Guru hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu.Biasanya, pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang dengan guru.
BILIK DARJAH PASCA COVID 19
Pada tahun 2019 seluruh negara dikejutkan dengan penularan Covid 19 yang telah melanda diseluruh dunia. Hal ini menyebabkan penjarakan sosial menjadi keutamaan bagi menggelakkan menularan virus semakin berleluasa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah semula. Susunan perabot dan kelengkapan bilik PdP mengambil kira penjarakan sosial minimun satu (1) meter antara setiap meja murid. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain. Jenis bilik darjah ini ialah bilik darjah pasca covid 19. Konsep bilik darjah ini adalah pertama kali diperkenalkan akibat penularan wabak pendamik COVID-19 yang melanda di seluruh negara termasuk Malaysia. Bilik darjah pendidikan masa kini mempunyai penjarakan khusus sekurang-kurangnya 1 meter dari meja ke meja yang lain. Penjarakan ini dibuat untuk mengelakkan berlakunya kontak rapat diantara pelajar dengan pelajar yang lain ketika belajar. Pelajar tidak dapat lagi untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan dan hanya menumpukan perhatian pengajaran dari guru. Aktiviti dalam pembelajaran juga amat terbatas dan sukar untuk pelajar melakukan aktiviti bersama pelajar yang lain. Laluan koridor juga mempunyai satu laluan masuk dan satu laluan keluar bagi mengelakkan pertembungan diantara kedua pihak ketika berjalan di koridor, bengkel, kelas, kantin dan lain-lain.
contoh bilik darjah pasca covid 19
Comments
Post a Comment